Piza Bebola Ayam Arrabbiata

  • Masa15 minit (penyediaan) + 15 minit (masak).
  • Hidangan 3-4 orang

Sensasi pedas dipadankan dengan daging cincang yang lazat, keju mozzarella, diakhiri dengan sos arrabbiata yang pedas dan dilapisi pada kerak piza yang nipis.

Juga di Paparan: Arrabbiata

Bahan-bahan

  • 1

    tin (295g) Sos Pasta Seafood Arrabbiata Pedas Prego

  • 2

    keping (10 inci) Kulit pizza nipis

  • 250

    g Daging ayam kisar

  • 30

    g Bawang kuning, dicincang

  • 1

    sudu teh Garam

  • sudu besar Serbuk roti

  • 2

    sudu besar Minyak masak

  • 160

    g Keju mozzarella

  • 50

    g Cendawan butang putih, dihiris

Penyediaan

  • 1

    Di dalam mangkuk, satukan daging ayam kisar, 3 sudu besar Sos Pasta Seafood Arrabbiata Pedas Prego, bawang kuning, garam dan serbuk roti. Kacau sehingga sebati. Ambil satu sudu besar campuran daging ayam untuk membentuk bebola dan goreng sehingga ¾ masak. Ulangi langkah untuk campuran daging ayam yang selebihnya.

  • 2

    Dalam kuali yang sama, tuangkan Sos Pasta Seafood Arrabbiata Pedas Prego yang selebihnya dan biar mereneh selama 5 minit pada suhu rendah.

  • 3

    Sapukan sos dengan rata di atas kulit pizza dan letakkan bebola daging ayam di atas ia. Kemudiannya, taburkan keju mozzarella dan hirisan cendawan di atas. Akhirnya, bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama 12-15 minit. Hidangkan serta-merta.

dibuat dengan

Pilih Rasa. Pilih PREGO®.

Panduan dan cara membuat makanan yang disukai ramai