Spaghetti Amatriciana

  • Masa35 min.
  • Hidangan 3-4

Hidangan pasta Itali yang klasik. Jamulah keluarga anda dengan hidangan pasta tomato yang kreatif ini, yang dibintangi oleh daging bakon dan cendawan butang.

Juga di Paparan:

Bahan-bahan

  • 250

    g Spaghetti PREGO® ATAU Prego High-Fibre Spaghetti, dimasak dan ditoskan

  • 2

    tin / balang 350g / ½ balang 680g Sos Pasta Tomato, Daun Selasih & Bawang Putih PREGO®

  • 200

    g daging bakon, dihiris

  • 4

    sudu besar minyak zaitun

  • 6

    ulas bawang putih, dihiris

  • 2

    biji bawang merah, dihiris

  • 100

    g cendawan butang, dihiris

  •  

    Segenggam daun selasih segar, dihiris

  •  

    Garam & lada sulah secukup rasa

Penyediaan

  • 1

    Tumis daging bakon dengan minyak zaitun dengan api besar sehingga sedikit garing. Tambahkan bawang merah, bawang putih dan cendawan dan masak selama 2 minit sehingga naik bau.

  • 2

    Masukkan Sos Pasta Tomato, Daun Selasih & Bawang Putih PREGO® ke dalam kuali dan kacau. Tambahkan sedikit garam dan lada sulah secukup rasa. Renehkan sos selama 4-5 minit.

  • 3

    Tambahkan hirisan daun selasih segar ke dalam sos. Tuangkan sos ke atas spaghetti yang telah dimasak. Hidang.

dibuat dengan

Pilih Rasa. Pilih PREGO®.

Panduan dan cara membuat makanan yang disukai ramai