MAKARONI RENDANG BAKAR PREGO

  • Masa50 minit.
  • Hidangan 8 - 10

SESUAI DENGAN… semua sajian Raya seperti laksa dan lontong.

Juga di Paparan: Alfredo, Cheesy, Macaroni, Resipi Raya

Bahan-bahan

  • 250g

    Makaroni PREGO®, masak ikut arahan di paket

  • 1

    botol (350g) Sos Pasta Alfredo Keju PREGO®

  • 1

    tin (290g) Sos Pasta Carbonara Cendawan PREGO®

  • 200ml

    air panas

  • cawan daging atau rendang ayam (tanpa tulang)

  • ½

    cawan keju parut (cheddar atau mozzarella atau kombinasi kedua-duanya)

Penyediaan

  • 1

    Campur Sos Pasta Alfredo Keju PREGO®, Sos Pasta Carbonara Cendawan PREGO®, air panas dan kacau sehingga sebati. Kemudian, masukkan Makaroni PREGO® yang telah dimasak dan gaul sebati.

  • 2

    Letak separuh bahan makaroni di dalam kaserol kalis panas. Ceduk rendang dan ratakan atas makaroni. Lapis lagi dengan lebihan makaroni.

  • 3

    Tabur keju parut dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan (180ºC) selama 20 minit atau sehingga masak dan bahagian atasnya menjadi perang keemasan. Hidangkan ketika masih panas.

  • SESUAI DENGAN… semua sajian Raya seperti laksa dan lontong.

dibuat dengan

PETUA RESIPI

Hidangan ini boleh disediakan sehari awal, letak dalam mangkuk tahan panas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Bakar 30 minit sebelum hidang.

Pilih Rasa. Pilih PREGO®.

Panduan dan cara membuat makanan yang disukai ramai