Spaghetti Arragosta

  • Masa35 min.
  • Hidangan 3-4

Hidangan pasta ini sangat kaya dan sempurna dengan udang segar. Setiap kalori adalah berbaloi!! Hiburan Sabtu malam yang terbaik!

Juga di Paparan: Spaghetti

Bahan-bahan

  • 250

    g Spaghetti PREGO® ATAU Prego High-Fibre Spaghetti, dimasak dan ditoskan

  • 2

    tin / ½ balang 680g Sos Pasta Tomato, Daun Selasih & Bawang Putih PREGO®

  • 2

    ekor udang harimau besar atau 6 yang sederhana, dibelah dua

  • 5

    sudu besar minyak zaitun

  • 6

    ulas bawang putih, dihiris

  • 1/2

    cawan tomato ceri

  •  

    Segenggam daun selasih segar, dihiris

  •  

    Garam & lada sulah secukup rasa

Penyediaan

  • 1

    Panaskan minyak zaitun di dalam kuali, masukkan dan masak udang harimau sehingga bertukar warna menjadi kemerah-merahan selama 3 minit dengan api besar. Asingkan udang ke dalam pinggan.

  • 2

    Tumis bawang putih dengan minyak zaitun selama 2 minit sehingga lembut dan naik bau.

  • 3

    Masukkan Sos Pasta Tomato, Daun Selasih & Bawang Putih PREGO® ke dalam kuali dan kacau. Tambahkan sedikit garam dan lada sulah secukup rasa. Masukkan udang yang telah dimasak tadi dengan tomato ceri dan renehkan selama 8 minit.

  • 4

    Tambahkan hirisan daun selasih segar ke dalam sos. Tuangkan sos ke atas spaghetti yang telah dimasak. Hidang.

dibuat dengan

Pilih Rasa. Pilih PREGO®.

Panduan dan cara membuat makanan yang disukai ramai