Cipta kisah raya dan teka
untuk peluang menang hadiah bernilai sehingga
RM20,000! bintang bintang bintang
Raya lampu
  • Azlan & Sofia & Daniel
  • Pak Long & Sue
  • Dania & Mak Long
  •  Nenek

*Tertakluk pada terma dan syarat

Raya lampu
Siapa makan pasta raya?
Cipta Kisah Raya

Selamat Datang!

Hi, saya Dania.

Nak tolong Dania cari Siapa Makan Pasta Raya?

Masukkan dulu nama di bawah.

*Sila masukkan nama anda

Ada 3 langkah untuk teka siapa makan pasta raya.

  • 1 Pilih watak kegemaran anda.
  • 2 Pilih 2 babak sebelum kejadian.​
  • 3 Tonton, kongsi & teka!
Dania
Raya lampu
Siapa makan pasta raya?
Cipta Kisah Raya
  • 1
  • 2
  • 3

Pilih watak pemula cerita.

Setiap watak berbeza jalan ceritanya.

Pilih yang mana korang suka.

Nenek

Nenek Dania memang ‘rare’. Dah la baik, sempoi pulak. Nenek millenials laa katakan. Kalau suruh masak pasta, sambil pejam mata ajer.

Raya lampu
Siapa makan pasta raya?
Cipta Kisah Raya
  • 1
  • 2
  • 3

Hi Name,

Amboi, minat dekat nenek ke. Korang rasa nenek habiskan pasta? Tapi, nenek yang masak. Korang kena teka sendiri la! Hehe. Klik seterusnya.

Seterusnya

Nenek

Seterusnya

Raya lampu
Siapa makan pasta raya?
Cipta Kisah Raya
  • 1
  • 2
  • 3

Pilih 2 babak sebelum kejadian.

Setiap pilihan babak anda, hasilkan cerita berbeza.

Nak banyak klu? Cubalah kombinasi lain pula lepas ni.

Nenek Nenek

NENEK

Macam biasa nenek akan menjadi ketua di dapur. Yang lain tu tolong sikit-sikit mengupas bawang atau...

Ketahui Lebih Lanjut

Dania Dania

DANIA

Dania ni adalah anak kepada Azlan dan Sue. Petah bercakap, tetapi suaranya begitu membingitkan...

Ketahui Lebih Lanjut

Pak Long Pak Long

PAK LONG

Pak Long merupakan suami kepada Mak Long (memang patutlah kan). Dia berkerja sebagai pomen...

Ketahui Lebih Lanjut

Azlan Azlan

AZLAN

Azlan dan Sue adalah pasangan suami isteri. Sebelum berkahwin dia merupakan peserta akhir dalam...

Ketahui Lebih Lanjut

Sofia Sofia

SOFIA

Sofia ni adalah anak Pak Long dan Mak Long. Dia seorang yang sempoi dan aktif di sekolah dengan sukan dan...

Ketahui Lebih Lanjut

Sue Sue

SUE

Sue merupakan isteri kepada Azlan. Dia merupakan suri rumah sepenuh masa. Sambil tu menjual aksesori online...

Ketahui Lebih Lanjut

Mak Long Mak Long

MAK LONG

Mak Long ni dah tentulah isteri kepada Pak Long. Ramai yang kata wajahnya seiras​ Marlia Musa. Suka mengumpul...

Ketahui Lebih Lanjut

Daniel Daniel

DANIEL

Daniel merupakan anak pertama Pak Long dan Mak Long. Sekarang menuntut di sebuah kolej tempatan...

Ketahui Lebih Lanjut

Raya lampu
Siapa makan pasta raya?
Cipta Kisah Raya
  • 1
  • 2
  • 3

Hi Name,

Cerita tu kena sedap sama macam pasta nenek. Baru la lain macam sikit raya ni kan. Betul ke tekaan korang? Jeng, jeng, jeng...

Mohon bersabar, video anda sedang disediakan.

Seterusnya

Nenek

Seterusnya

Raya lampu
Siapa makan pasta raya?
Cipta Kisah Raya
  • 1
  • 2
  • 3

Tonton kisah raya Prego anda!

Kongsi video dengan rakan dulu!
Facebook
Messenger
Twitter
WhatsApp
Teka untuk menang hadiah bernilai sehingga
RM20,000! bintang bintang bintang

*Tertakluk pada terma dan syarat

Raya lampu
Siapa makan pasta raya?
Teka dan Menang
Siapa makan pasta raya?

Ikut 3 langkah ini & berpeluang menang hadiah bernilai RM20,000*!

Dah cipta & kongsi kisah raya Prego?

Jika belum klik sini, jika sudah teruskan ke Langkah 2


Jawab soalan-soalan di bawah

Tenangkan fikiran, jawab dengan betul.


Isikan maklumat peribadi

*Tertakluk pada terma dan syarat

Terima Kasih kerana menyertai
peraduan Siapa Makan Pasta Raya!

Nantikan jawapan & keputusan pemenang
di FB Prego Malaysia tau!

Jangan lupa join lagi! Lagi banyak korang
hantar, lagi besar peluang menangi!

Jom Buat Video Lagi!

Sempurnakan Raya Bila Bersama

Prego promosi raya
Prego resipi raya
meja
Hadiah kedua
HADIAH KEDUA
BERJUMLAH RM10,000
x1

Baucar tunai bernilai

RM5,000

Produk LE CREUSET bernilai

RM4,800

Hamper Prego bernilai

RM200
Hadiah pertama
HADIAH UTAMA
BERJUMLAH RM20,000
x1

Baucar tunai bernilai

RM10,000

Barang HABIB bernilai

RM9,800

Hamper Prego bernilai

RM200
Hadiah ketiga
HADIAH KETIGA
BERJUMLAH RM4,000
x1

Baucar tunai bernilai

RM2,500

Set TUPPERWARE Glam Green Raya bernilai

RM1,300

Hamper Prego bernilai

RM200
Hadiah Saguhati
HADIAH SAGUHATI x10

Baucar tunai bernilai RM400
+ Hamper Prego bernilai RM100

Gambar hadiah adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Nenek sebelum kejadian

Macam biasa nenek akan menjadi ketua di dapur. Yang lain tu tolong sikit-sikit mengupas bawang atau memotong ayam dan daging. Bila semua selesai nenek yang akan memasak rendang dan segalanya.

Tapi Dania ni pulak nak makan spageti bebola daging. Nasib baik ada Sos Spageti Prego dengan Spageti Prego. Sekejap aje nenek masak bersama Dania. Sebab nenek ni dulu adalah Juara Mega Chef tahun 70an. Korang tak taukannn. Dia merupakan rakyat Malaysia pertama memenangi Pertandingan Chef peringkat dunia. Tu cerita dululah.

Dania sebelum kejadian

Dania ni adalah anak kepada Azlan dan Sue. Petah bercakap, tetapi suaranya begitu membingitkan. Pernah dia memecahkan tingkap satu Taman Indera Mahkota (bukan nama taman perumahan sebenar) hanya kerana tertinggal bas sekolah.

Kegilaannya pada pasta adalah sejak kecil lagi. Segalanya dalam biliknya bercorak pasta. Termasuklah sarung bantal. Namun sekarang dia tahu membuat spageti lebih mudah dengan Prego, setelah membantu neneknya memasak.

Pak Long sebelum kejadian

Pak Long merupakan suami kepada Mak Long (memang patutlah kan). Dia berkerja sebagai pomen motor walaupun mempunyai kelulusan peringkat PhD. Ini kerana dia begitu meminati motor.

Sekarang dia mempunyai kedai menjual motor besar dan kedai Tom Yam di Kuala ​Selangor. Dia menjemput semua datang Raya ketiga nanti. Buat kedai terbuka katanya. Tapi alamat dia tak bagi.

Azlan sebelum kejadian

Azlan dan Sue adalah pasangan suami isteri. Sebelum berkahwin dia merupakan peserta akhir dalam sebuah reality show. Juga pernah digosipkan dengan artis terkenal. Tapi itu cerita dululah.

Sekarang dia adalah seorang bapa yang penyayang dan akan melakukan apa sahaja untuk anaknya, iaitu Dania. Pernah sewaktu susah dahulu… dia berlapar berbulan hanya untuk memastikan keluarganya kenyang.

Sofia sebelum kejadian

Sofia ni adalah anak Pak Long dan Mak Long. Dia seorang yang sempoi dan aktif di sekolah dengan sukan dan kelab. Dia juga banyak peminat… tapi dia sukakan Pian. Budak sekolah dia.

Sofia and Dania, walaupun perbezaan umur, mereka sangat rapat. Ye la…satu-satunya sepupu perempuan kan. Sayang dia kat Dania tu macam adik sendiri…

Sue sebelum kejadian

Sue merupakan isteri kepada Azlan. Dia merupakan suri rumah sepenuh masa. Sambil tu menjual aksesori online. Sue juga banyak buat review video untuk produk-produk kecantikan.

Tapi perut dia juga macam laut. Dia akan hilang ingatan bila tengok hidangan yang lazat seperti Prego. Pernah dia makan roti canai 8 keping sekali gus. Dia juga tahu, buat spageti dengan Prego ni cepat. Jadi dia mesti makan.

Mak Long sebelum kejadian

Mak Long ni dah tentulah isteri kepada Pak Long. Ramai yang kata wajahnya seiras​ Marlia Musa. Suka mengumpul emas. Tapi emasnya ada yang ori dan celup. Tugas Mak Long ni masa raya memotong bawang dan segalanya sebelum nenek masak.

Ketika ini Mak Long masih melanjutkan​ pelajaran di sebuah universiti tempatan kerana itulah cita-citanya sejak dahulu. Dan kerana itulah dia tertarik kepada Pak Long yang berpelajaran tinggi, tetapi merendah diri.

Daniel sebelum kejadian

Daniel merupakan anak pertama Pak Long dan Mak Long. Sekarang menuntut di sebuah kolej tempatan dalam jurusan filem dan fotografi. Bercita-cita untuk mengarah di Hollywood. Dia juga Penaung Geng Ravers di kolejnya yang dikenali sebagai Dani DJ.

Oleh kerana itulah Pak Long meminta tolong Daniel untuk mengambil gambarnya. Setiap gambar yang diambil Daniel pasti mendapat beratus LIKE dan berpuluh SHARE.

Resipi Raya Prego
  1. “Siapa Makan Pasta Raya” (“Peraduan”) dianjurkan oleh Campbell Soup Southeast Asia Sdn. Bhd. (No. Syarikat 339867-V (“Penganjur”/“Prego”) dan ditadbir oleh terma dan syarat ini serta sebarang butiran Peraduan yang disertakan selanjutnya (jika ada), dan Dasar Privasi Prego yang boleh ditemui di laman web Prego di http://www.prego123.com.my (secara kolektifnya dirujuk sebagai “Terma”). Setiap Peserta Yang Layak (seperti yang ditakrifkan di bawah) bersetuju bahawa telah membaca dan memahami Terma dan dengan penyertaan di dalam Peraduan ini, setiap Peserta Yang Layak bersetuju untuk terikat dengan segala Terma.
    • Semua warganegara Malaysia yang bermaustatin di Malaysia berkelayakan menyertai Peraduan ini (tidak termasuk mereka yang dinyatakan di Fasal 1.1 hingga 1.3 dibawah, “Peserta Yang Layak/“Peserta”), kecuali yang berikut:
    1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke bawah pada 11 Mac 2019; atau
    2. Kakitangan Penganjur (termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya) dan Ahli Keluarga Terdekat *; atau
    3. Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau agensi pengiklanan dan/atau pembekal khidmat promosi bagi pihak Penganjur (termasuklah syarikat bersekutu dan berkaitannya) dan Ahli Keluarga Terdekat mereka *.
      • *Ahli Keluarga Terdekat bermaksud mana-mana yang berikut: pasangan, pasangan de-facto, anak atau anak tiri (sama ada anak kandung atau anak angkat), ibu bapa, ibu bapa tiri, datuk atau nenek, datuk atau nenek tiri, bapa saudara, ibu saudara, anak saudara, abang, kakak, saudara tiri atau sepupu.
  2. Peraduan akan berlangsung dari 5.00 petang pada 29 Mei 2019 sehingga 11.59 malam pada 31 Julai 2019 (“Tempoh Peraduan”). Pihak Penganjur berhak untuk mengubah, menunda, menjadualkan semula dan/atau melanjutkan Tempoh Peraduan dan/atau menamatkan Peraduan pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya tanpa memberi sebarang notis.
  3. Pihak Penganjur pada bila-bila masa, berhak untuk mengesahkan kesahihan peserta dan penyertaan serta membatalkan sebarang penyertaan yang tidak dikemukakan mengikut Terma atau peserta yang mengganggu proses penyertaan. Penyertaan dengan butiran yang tidak lengkap, tidak dapat ditafsir, tidak dapat dibaca atau palsu atau mana-mana penyertaan yang melanggar Terma secara automatik akan hilang kelayakan tanpa sebarang notis.
  4. Cara Penyertaan
    1. Peserta Yang Layak perlu melaksanakan langkah-langkah berikut bagi mengambil bahagian sebagai peserta Peraduan (“Peserta”):
      1. Beli mana-mana produk Prego bernilai RM20 ke atas di dalam satu resit dari mana-mana kedai yang mengambil bahagian sepanjang Tempoh Peraduan. Setiap resit melayakkan Peserta untuk satu (1) penyertaan. Simpan resit asal bertarikh dalam Tempoh Peraduan termasuk semua butiran resit sepadan dengan penyertaan di laman web sebagai bukti pembelian (“Bukti Pembelian”).
      2. Layari www.prego123.com.my/Raya dan lengkapkan borang di dalam talian dengan maklumat yang berikut;
        1. Satu (1) watak yang disyaki oleh Peserta Yang Layak sebagai pesalah “Siapa Makan Pasta Raya”,
        2. Nyatakan sebab dan hujah mengapa Peserta Yang Layak memilih watak dalam Fasal 4.1.2a adalah pesalah, dengan cara yang paling kreatif.
        3. Muat naik satu gambar/imbasan Bukti Pembelian asal, DAN;
        4. Nama penuh Peserta seperti tertera di Kad pengenalan, nombor Kad Pengenalan, serta nombor telefon sah dan alamat emel sah yang dimasukkan dengan tepat bagi tujuan pengesahan, dan untuk memastikan Peserta boleh dihubungi jika/apabila dipilih sebagai pemenang (“Pemenang Peraduan”). Jumlah keseluruhan Pemenang Peraduan adalah tiga (3) pemenang hadiah utama dan sepuluh (10) pemenang hadiah saguhati.
  5. Peserta digalakkan tetapi tidak perlu mencipta dan berkongsi video Peraduan untuk turut serta bertanding bagi Hadiah Peraduan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab atau menanggung liabiliti bagi komen dan/atau kandungan yang dikirim oleh Peserta. Peserta memegang tanggungjawab sepenuhnya bagi sebarang akibat daripada hantaran dan komen dan/atau kandungan yang diterbitkan.
  6. Peserta boleh menghantar seberapa penyertaan tetapi setiap borang penyertaan mestilah disertakan dengan maklumat yang dikehendaki serta Bukti Pembelian yang berbeza. Peserta tidak dibenarkan mengemukakan lebih daripada satu (1) penyertaan dengan Bukti Pembelian yang sama.
  7. Hanya Bukti Pembelian asal sahaja yang diterima. Sebarang resit yang tidak dapat dibaca, dimansuhkan, diubahsuai, diduplikasi, diganggu, tidak diperoleh dengan sah, mengandungi pencetakan tipografi, mekanikal atau kesalahan lain atau pencetakan yang tidak jelas atau tidak mengandungi maklumat yang diperlukan adalah tidak sah dan tidak akan diterima.
  8. Tiada pengakuan penerimaan akan dihantar oleh Penganjur berhubung semua penyertaan yang dikirim/dihantar daripada Peserta kepada Penganjur melalui laman web. Sebarang pertanyaan/panggilan tidak akan dilayan.
  9. Penganjur tidak akan membayar balik Peserta bagi sebarang caj yang dikenakan semasa penyerahan penyertaan, jika ada.
  10. Penganjur dan syarikat-syarikat yang terlibat dalam Peraduan ini tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua cara kelewatan, kegagalan dan/atau gangguan di laman web.
  11. Pemberitahuan dan Pemilihan Pemenang Peraduan
    1. Pemilihan Pemenang Peraduan bagi Peraduan ini adalah berdasarkan berikut:
      1. Tiga belas (13) peserta dengan penyertaan berkelayakan yang dapat meneka watak yang betul (jawapan akan diumumkan di Facebook dan laman web Prego selepas Tempoh Peraduan) dengan jumlah pembelian produk Prego yang tertinggi (berdasarkan Bukti Pembelian yang dikemukakan) akan dipilih sebagai Pemenang Peraduan. Pemenang Peraduan dengan jumlah pembelian tertinggi akan berhak mendapat Hadiah Utama, diikuti oleh peserta dengan jumlah pembelian kedua tertinggi yang berhak mendapat Hadiah Kedua, dan seterusnya.
      2. Sekiranya berlaku seri di antara Pemenang Peraduan terpilih yang dinyatakan dalam Fasal 11.1.1, Pemenang Peraduan yang memilih pesalah dengan betul beserta sebab yang lengkap dan kreatif di borang dalam talian dan menjawab ketiga-tiga (3) soalan dengan betul apabila dihubungi oleh Penganjur akan dipilih sebagai Pemenang Peraduan.
    2. Para Pemenang Peraduan akan dihubungi melalui panggilan telefon (“Pemberitahuan”) selepas tamat Tempoh Peraduan dan mungkin dikehendaki menjawab dengan betul satu (1) soalan sebelum dinobatkan sebagai Pemenang Peraduan. Sekiranya Pemenang Peraduan gagal memberi jawapan yang betul, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan Pemenang Peraduan. Sekiranya Pemenang Peraduan tidak dapat dihubungi pada percubaan pertama (panggilan tidak diangkat, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan atau di luar liputan rangkaian); percubaan kedua (2) akan dibuat dalam tempoh 24 jam selepas panggilan telefon pertama. Jika percubaan selanjutnya tidak berjaya, Penganjur berhak membatalkan kelayakan Pemenang Peraduan dan seterusnya memilih Pemenang Peraduan lain. Pemenang Peraduan yang tidak dapat dihubungi tidak berhak membuat sebarang tuntutan terhadap Penganjur atas pembatalan kelayakan tersebut. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya para pemenang tidak dapat dihubungi atas apa jua sebab.
  12. Pemenang Peraduan perlu menghantar Bukti Pembelian yang asal, salinan kad pengenalan mereka dan maklumat akaun bank mereka bagi pemindahan wang tunai melalui perbankan dalam talian(jika berkenaan) dengan menggunakan Pos Laju/kurier dalam masa tiga (3) hari bekerja dari tarikh Pemberitahuan. Jika gagal, Penganjur berhak membatalkan kelayakan Pemenang Peraduan. Pihak Penganjur tidak menanggung sebarang kos penghantaran yang dikenakan kepada Pemenang Peraduan.
  13. Hadiah-hadiah Peraduan adalah seperti berikut (“Hadiah”):
    1. Hadiah Utama (x1)
      Baucar tunai bernilai RM10,000 + Barang kemas bernilai RM9,800 + Hamper Prego bernilai RM200.
    2. Hadiah Kedua (x1)
      Baucar tunai bernilai RM5,000 + Perkakas dapur premium bernilai RM4,800 + Hamper Prego bernilai RM200.
    3. Hadiah Ketiga (x1)
      Baucar tunai bernilai RM2,500 + Bekas barangan dapur berkualiti bernilai RM1,300 + Hamper Prego bernilai RM200.
    4. Hadiah Saguhati (x10)
      Baucar tunai bernilai RM400 + Hamper Prego bernilai RM100.
  14. Setiap satu No. K/P Peserta hanya layak memenangi satu (1) Hadiah. Hadiah mesti dituntut secara peribadi. Dokumen pengenalan diri, yakni Kad Pengenalan, atau pasport yang memaparkan gambar Pemenang Peraduan diperlukan. Sekiranya pihak Penganjur perlu mengirimkan Hadiah kepada Pemenang Peraduan, pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan atau kerosakan Hadiah yang berlaku semasa proses penghantaran. Permintaan bagi penggantian dan/atau pertukaran Hadiah tidak akan dilayan.
  15. Semua Hadiah Peraduan mesti dituntut oleh para pemenang dengan perbelanjaan sendiri dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh pengumuman pemenang. Semua Hadiah yang tidak dituntut akan ditarik balik oleh Penganjur enam puluh (60) hari dari tarikh pengumuman pemenang.
  16. Pihak Penganjur berhak menukar mana-mana Hadiah dengan hadiah yang sama nilai tanpa sebarang notis. Semua Hadiah tidak boleh dipindah milik, dikembalikan atau ditukar dalam apa jua bentuk lain atas sebarang sebab. Nilai Hadiah adalah benar semasa dicetak. Semua Hadiah yang diberikan adalah atas dasar “seadanya”. Pihak Penganjur berhak melantik pihak ketiga untuk mengendalikan pengesahan pemenang dan bagi melaksanakan penghantaran Hadiah. Pemenang Peraduan dikehendaki bersetuju bahawa Penganjur mungkin memberikan butiran pemenang kepada pihak ketiga bagi memudahkan perkhidmatan tersebut.
  17. Semua kos pengangkutan, penginapan, peribadi dan/atau sebarang kos lain, yuran dan/atau perbelanjaan berkaitan yang ditanggung untuk menyertai Peraduan dan bagi menuntut Hadiah adalah tanggungjawab Pemenang Peraduan sepenuhnya.
  18. Para Peserta dan Pemenang Peraduan perlu menanggung liabiliti dan bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku sebarang liabiliti, kecelakaan, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan [termasuk kematian] akibat penyertaan mereka dalam Peraduan sebelum dan/atau selepas penebusan, semasa pengambilan dan/atau penggunaan Hadiah, dan bersetuju untuk melepaskan dan tidak menyalahkan Penganjur dan Rakan Hadiah Peraduan daripada sebarang liabiliti.
  19. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju untuk memberikan maklumat peribadi mereka dan pihak Penganjur berhak untuk menerbitkan, menggunakan nama dan/atau gambar Pemenang Peraduan serta penyertaan mereka bagi tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau dagangan tanpa pampasan atau notis lanjut dan setiap Peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan terhadap penggunaan penyertaan mereka oleh Penganjur.
  20. Pihak Penganjur mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenalpasti bagi menyediakan perkhidmatan atau berhubung dengan Peserta. Maklumat ini akan disimpan oleh Pihak Penganjur dalam kaedah yang sesuai dengan data tersebut dan digunakan untuk memenuhi permintaan Peserta. Dengan mengemukakan maklumat peribadi Peserta, Penganjur menganggap bahawa keizinan telah diberi kepada pihak Penganjur dan/atau ejen-ejen yang dilantik olehnya untuk menggunakan maklumat ini bagi tujuan pemasaran dan promosi untuk masa kini dan hadapan serta bagi penambahbaikan produk dan perkhidmatannya. Sekiranya Peserta memaklumkan Penganjur melalui e-mel di [email protected] bahawa maklumat di atas tidak patut digunakan sebagai asas untuk perhubungan seterusnya, Penganjur akan menghormati permintaan Peserta. Maklumat Peserta tidak akan diberi atau dikongsi dengan syarikat lain untuk kegunaan mereka.
  21. Dengan menyertai Peraduan ini, para Peserta harus bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat rasmi dan keputusan yang ditetapkan oleh pihak Penganjur.
  22. Pihak Penganjur berhak meminda, membatal atau menambah Terma dan Syarat ini tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan para Peserta akan terikat dengan perubahan tersebut.
  23. Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat dan panggilan tidak akan dilayan.