Karbonara Udang Mentega Prego

  • Masa40 minit.
  • Hidangan 8 - 10

SESUAI DENGAN… Rendang, sate dan hidangan istimewa raya yang lain.

Juga di Paparan: Creamy, Fettuccine, Resipi Raya

Bahan-bahan

  • 400g

    udang sederhana

  • 1

    sudu kecil garam

  • ½

    sudu kecil serbuk lada putih

  • ½

    cawan tepung jagung

  • ½

    cawan minyak

  •  

  • 50g

    mentega

  • 8

    ulas bawang putih, cencang halus

  • 2

    tangkai daun bawang (bahagian putih sahaja) hiris halus

  • 2 - 3

    biji cili padi merah, hiris nipis

  • 3

    tangkai daun kari, petik

  • 100ml

    susu cair

  • ½

    sudu kecil garam

  • 2

    sudu kecil gula

  • 1

    tin (290g) Sos Pasta Carbonara Cendawan PREGO®

  • 200ml

    air

  • 400g

    Fettucine PREGO®, masak ikut arahan di paket

  •  

  •  

    Hiasan:

  •  

    Bahagian hijau daun bawang dihiris halus

Penyediaan

  • 1

    Trim kepala, buang kantung, belah belakang udang dan tarik urat kotor (biarkan kulit). Perasakan udang dengan garam dan lada, gaul pula dengan tepung jagung. Panaskan minyak dan goreng udang sedikit demi sedikit sehingga masak (anggaran 5 minit setiap belah), angkat dan letak udang dalam pinggan. Ketepikan.

  • 2

    Sementara itu, panaskan mentega dalam kuali/periuk. Tumis bawang putih dan daun bawang hingga layu. Tambah cili padi dan daun kari, biar 30 minit sebelum campur susu cair, garam dan gula. Didih, kemudian tambahkan Sos Pasta Carbonara Cendawan PREGO® dan air.

  • 3

    Bila didih semula, masukkan udang dan fettucine. Gaul. Tuang ke dalam pinggan hidangan, hias dengan daun bawang. Hidang segera.

  • SESUAI DENGAN… Rendang, sate dan hidangan istimewa raya yang lain.

dibuat dengan

PETUA RESIPI

Jika guna udang yang masih berkulit, rasanya lebih enak dan nampak lebih segar.

Pilih Rasa. Pilih Prego.

Panduan dan cara membuat makanan yang disukai ramai