Makaroni Keju Dan Bebola Ayam Prego

  • Masa50 minit.
  • Hidangan 8 - 10

SESUAI DENGAN… semua hidangan Raya seperti lontong, rendang dan lain-lain.

Juga di Paparan: Cheesy, Macaroni, Resipi Raya

Bahan-bahan

  •  

    Bebola ayam:

  • 300g

    ayam cencang

  • 2

    keping roti penuh gandum, rendam dan hancur menjadi serdak

  • 60g

    lobak merah, parut

  • 60g

    bawang, cencang halus

  • 2

    ulas bawang putih, cencang halus

  • ½

    sudu kecil serbuk lada putih

  • ½

    sudu kecil garam

  • 2

    tangkai daun bawang, hiris halus

  • 1

    biji telur, pukul

  • 1

    sudu besar tepung

  • 2

    sudu besar minyak

  •  

  •  

    Makaroni:

  • 200g

    Makaroni PREGO®, masak ikut arahan di paket dan sejat

  • 2

    tin (290g) Sos Pasta Keju dan Herba PREGO®

  • 290ml

    air panas

  •  

  •  

    Toping (untuk dicampur):

  • ¾

    cawan (100g) keju cedar yang diparut (untuk toping)

  • 1

    keping roti, serdak

  • 1

    sudu besar daun parsli, cencang (opsyenal)

Penyediaan

  • 1

    Campurkan semua bahan bebola ayam (kecuali minyak) dalam mangkuk besar dan gaul sebati. Bulat-bulatkan anggaran 2sm. Letak atas dulang pembakar. Percik dengan sedikit minyak dan bakar dalam ketuhar (200ºC) sehingga perang keemasan anggaran 20 minit.

  • 2

    Sementara itu, satukan Sos Pasta Keju dan Herba PREGO® dalam air panas dan kacau sebati. Tambah makaroni yang telah dimasak dan bebola, gaul rata.

  • 3

    Pindahkan ke dalam bekas pembakar kalis panas dan tabur dengan adunan toping. Bakar dalam suhu 200ºC anggaran 15-20 minit atau sehingga bahagian atasnya berwarna perang keemasan.

  • SESUAI DENGAN… semua hidangan Raya seperti lontong, rendang dan lain-lain.

dibuat dengan

PETUA RESIPI

Makaroni ini diminati oleh semua golongan terutama kanak-kanak. Boleh dihidang dalam pinggan hidang besar atau diletak dalam piring sebagai hidangan individu.

Pilih Rasa. Pilih Prego.

Panduan dan cara membuat makanan yang disukai ramai