Spageti Begedil Prego

  • Masa50 minit.
  • Hidangan 8 - 10

SESUAI DENGAN… hidangan raya seperti lemang dan serunding.

Juga di Paparan: Resipi Raya, Spaghetti, Tomato Sauce

Bahan-bahan

  •  

    Begedil daging:

  • ½

    cawan minyak

  • 1

    biji kentang (200g), buang kulit dan hiris 1sm tebal

  • 4

    ulas bawang putih

  • 30g

    halia, hiris tebal

  • 500g

    daging cencang

  • 1

    biji telur, pukul

  • 1

    biji bawang (120g), cencang halus

  • 2

    tangkai daun bawang, hiris halus

  • 2

    tangkai daun sup, hiris halus

  • 1

    sudu kecil serbuk lada putih

  • 1

    sudu kecil garam

  •  

  •  

    Sos:

  • 1

    tin (290g) Sos Pasta Carbonara Cendawan PREGO®

  • 1

    tin (290g) Sos Pasta Tradisional PREGO®

  • 290ml

    air

  •  

  •  

    Pasta:

  • 400g

    Spageti PREGO® (masak ikut arahan di paket)

  •  

  •  

    Hiasan:

  • 3

    sudu besar parsli cencang atau hirisan daun bawang

Penyediaan

  • 1

    Goreng kentang sehingga empuk dan keperangan. Angkat. Tumis bawang putih dan halia sehingga perang. Angkat. Tumbuk lumat halia dan bawang putih, diikuti dengan kentang satu persatu.

  • 2

    Campurkan bahan tumbuk dengan lebihan bahan begedil. Gaul sebati, kemudian bentukkan begedil anggaran 3sm diameter.

  • 3

    Panaskan 3-4 sudu besar minyak dalam kuali tidak melekat. Goreng begedil sedikit demi sedikit sehingga perang keemasan di kedua-dua belah. Bila masak letak dalam pinggan.

  • 4

    Campurkan semua sos dan masak sehingga mendidih. Masukkan spageti, bergedil dan sos dalam pinggan melengkung, hias dengan parsli atau daun bawang. Hidang segera.

  • SESUAI DENGAN… hidangan raya seperti lemang dan serunding.

dibuat dengan

PETUA RESIPI

Lebih mudah jika begedil dibuat dan digoreng sehari awal, simpan dalam bekas bertutup dan letak dalam peti sejuk.

Pilih Rasa. Pilih Prego.

Panduan dan cara membuat makanan yang disukai ramai